Followers

Pages

Friday, October 13, 2017

Hanyut di lautan -

Aku, kusut dilanda ombak,
jauh, jauhnya jalanku,
menempuh ombak lautan gelora,
hanyut, hanyut dihanyut arus,

Aaarghhh mana arah tujuku,
yang mula mula dulu dikemudi,
tekong barat yang hebat,
akhirnya mabuk dilambung gelora,

Apakah takdirku hidup?
atau mati?
Ku dayung, dayung laju,
sampai lengan kaku tak berdaya.

Nasiblah ,
dalam mencuba kearah yang benar,
terumbang ambing seperti tiada hala tuju,
namunku yakin, yakin dengan ketentuan. 

Sampaikah aku ke daratan?

Tuesday, August 15, 2017

NUKILAN BUAT SAHABAT YANG SUKA MERUNGUT DALAM PEKERJAAN MEREKA




Ni Abu. 
Abu penjawat awam. Bergaji besar, posting je kt Luar Negeri. Pedalaman pulak tu. Hobi Abu, suka merungut, mengutuk dan macam-macam lagi. Sepertinya Abu ni seorang yang kurang siuman dan pendek akal. 

Abu, setiap kali cuti balik kampung, jumpa keluarga, happy jer . Tapi selepas mula bekerja, mood dia berubah  360 darjah. Jadi orang bodoh, tungau, bangal, lebih kurang bodoh sikit dari cacing. Apa yang menarik tentang Abu ni, dia seorang yang berhati lembut, lebih kurang hati tisu la. 

Apa yang selalu Abu merungut ialah seperti yang diceritakan pada gambar diatas. Setiap kali Abu mula kerja, pada hari-hari biasanya, Abu akan selalu update medium sosialnya . Selalu juga Abu kutuk-kutuk pihak atasan dia yang tidak memahami perasaannya, sakitnya, sedihnya, mintak pindah tempat kerja pun tak dapat Abu akan mula kutuk-kutuk di laman sosialnya, Dan yang 'like' , 'komen' di laman sosial Abu pulak adalah dari segelintir orang-orang yang otak dungu macam Abu jugak,. Semua sahabat alam maya dia sokong 300 peratus kenyataan Abu, Sampai aku sendiri naik meluak , tapi aku cepat-cepat skroll kebawah, taknak pulak terkeluar isu mengumpat . Buat dek je la. Lantak kaulah tu cerita kau, Abu.. 


Tapi hari ni aku terdetik nak buat satu nukilan buat kau Abu. Baca dan mintak kau muhasabah diri ye.



Untuk ABU, Seorang budak dungu, otak siput, bodoh sikit dari cacing. 

     Yang pertama skali, Ucapkanlah Syukur pada Allah swt kerana diberi rezeki menjadi penjawat awam. Yang mana orang tua-tua selalu cakap, kerja tu menjamin masa depan. Dari aku ni yang keje menjual . Ada orang membeli, maka adalah duit poket aku. Jadi hargailah kerja kau tu Abu. Nak bandingkan dengan orang yang sebaya malah tua dari kau yang kerja di sektor swasta, kau lagi beruntung Abu. Cuti pun banyak. Itupun kau merungut . 

Yang kedua, minta kau sabar, ingat itu hanya ujian buat kau . Tuhan nak uji seberapa lama kau mampu bertahan, Tapi kalau kau lemah, kau akan tersungkurlah, Tersungkur di kaki Syaitan. 

Yang ketiga, Kau tak sedar ke, masih ramai lagi yang ingin jawatan macam kau. Kerja di sektor kerajaan , dapat pencen, kerja mudah , cuti ikut masa, gaji tiap2 tahun naik. Ramai lagila yang berebut-rebut nak peluang macam kau. Tapi tah dimana silap pengurusan pengambilan pekerja ni, Dia amik pulak orang macam kau. Ruginya rasa,. kalaulah amik orang yang betul betul nak bekerja, aku rasa sektor awam buat masa sekarang ni makin berkualiti. Kalau ramai pekerja macam kau, makin bertahi tahilah kualiti perkhidmatan yang kau buat tu. 

Yang ke empat. Ni penutuplah sebab aku ni jenis malas nak menaip sangat nota-nota ni. Yang ni pedih la sikit. Kalau kau asyik merungut je pasal kehidupan dalam pekerjaan kau sekarang. Apa kata aku cadangkan kau berhenti je kerja. Duduk rumah disamping keluarga tersayang kau tu. Dan jawatan kau, kau bagi dekat orang yang nak jawatan tu. Ramai lagi aku kira adalah berjuta-juta lagi orang yang nak jawatan kau tu. Dari simpan kau buat rugi bayar gaji,. Gaji bayar tapi kau xikhlas buat kerja kau. 

Abu, sorry la ye. aku bukan nak marah kau,. tapi aku geram setiap kali kau merungut pasal kerja kau, aku nampak kau macam orang bodoh yang tak reti nak hargai rezeki yang Allah swt bagi. Kau tak reti bersyukur. Itulah yang paling aku benci. Kau tau tak, aku cemburu dengan kau sebab kau terpilih untuk menjawat jawatan kerajaan, sedangkan aku ni kerja menjaja ditepi jalan, cari duit poket seringgit dua. 

Sabarlah Abu, rezeki untuk tukar tempat kerja kau akan ada. Cuma ambil masa sikit je lagi. Tuhan uji kau sbb nak suruh kau kuat. Bukan saja nak lemahkan kau. Jadi, laluilah dengan tabah, dan sabar. In Shaa Allah, rezeki bertambah di hari mendatang. 


Sekian. 

Untuk Abu, kenalan Galak Hitam. 


p/s: cerita ini tiada kena mengena dengan Abu atau sapa-sapa yang bernama Abu di dalam Malaysia ni. Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata bertujuan untuk membawa satu mesej kepada sesiapa yang selalu tidak bersyukur dengan rezeki yang diperoleh. :)

Peace yooo.. 

lamadah galak hitam tak update blog.. hihi..

Friday, November 18, 2016

Puisi ku kepada Mu.

Aku,
Insan kerdil mencari masa
Dikala mereka sudah rencanakan hidup,
Aku tetap mundur dibelakang,
Walau onak duri sudah kutempuh,
Kadangnya mereka dahului dulu,

Aku ketinggalan dibelakang,
Yang cuba kejar bayang bayang,
Namun dihalang oleh malam,
Sukar kucari,
Kerana bayang hilang dimamah gelap mentari,

Tetapi,
Aku yakin,
Pelita malam sudah memadai,
Yang dapat kudekati,
Untuk mencari arah bayang itu pergi. 

Hidup mati tu pasti,
Masa depan tu infiniti,
Usaha yang terbaik,
Demi gapai niat yang suci.

Ku dedikasikan puisi ini,
Buat teman yang kukenali,
Agar kau mengerti isi hati,
Seorang pemuda yang jauh ini. 

:) 

Tuesday, November 15, 2016

PUISI SURAT DAN WHATSAPP


Puisi Surat dan Whatsapp

Dulu surat itu merapatkan,
merpati jadi perantaraan,
Mata berkaca melepas rasa
ukhwah terjalin tanpa sengketa,
jasad jauh hati mendekat,
kian lama aku tidak bersurat

wassap membuatkan aku, kau dan mereka,
Mendekat,
bagai ada depan mata,
senafas sahaja dapat berita,
wifi tiada bagaikan kiamat,
tanpa sedar timbu hasad ,
yang terbina kian runtuh,
gunalah penuh manfaat,
nukilan ini dari aku yang jahil berwassap.



nukilan dari saudari cik bunga. :)

Monday, November 14, 2016

PUISI TANGGA RUMAH

RUMAH ITU TANGGANYA KIAN RAPUH,
PENGHUNINYA JAHIL DALAM BERTUKANG,
EGO ,

PENDAPAT TUKANG DIENDAHNYA,
SANGKAKAN DIRI BISA MENITI DI ATAS TANGGA,
BANGGA,

SAMPAI MASA,
EMPUNYA DIRI JATUH TANGGA,
AKIBAT RAPUH MENITI USIA,

SEKARANG, 
PENGHUNI SEDAR,
KEBENARANNYA TENTANG ILMU BERTUKANG,
ITULAH TANGGA RUMAH.

IN SHAA ALLAH,
DIPANJATKAN DOA KEPADA PENCIPTA,
AGAR TANGGANYA KUKUH MENUNGGU USIA. 



Idea asal dr seseorang yang sangat dikenali. :)

Monday, November 30, 2015

MEMBINA SEBUAH RUMAH

Membina sebuah rumah,
mahunya cantik serta megah,
serta kukuh dan gah di balik bencana,
ibarat mahligai di puncak bukit.

Membina sebuah rumah
sukarnya dalam membina,
pelbagai pelan serta arkitek diperlukan,
ramainya pembantu dalam membina,
lamanya tempoh untuk di siapkan,

Membina sebuah rumah,
perlukan tukangnya,
serta pembantunya,
dan juga bahan binaannya,
barulah boleh mula membina.

Membina sebuah rumah,
perlunya kesabaran,
perlunya ketekunan,
perlunya kebertanggungjawaban,
perlukan masa.

Akhirnya,
Rumah siap di bina,
Di catnya cantik lamannya indah,
berkat usaha tukang dan pembantunya,
itulah impian setiap pemiliknya.

#ikhlas dr Galak Hitam.


HORMAT MENGHORMATI vs EGO



Hormat Menghormati. Itulah suatu yang sukar bagi seseorang itu. Walau jiwa selembut salju embun, tapi masih ada walau secebis ego dalam diri setiap manusia. Itulah lumrah setiap manusia. Tidak di nafikan ada manusianya salih menghormati antara satu sama lain, namun dalam sesetengah situasi atau keadaan, pastinya akan ada walau setitik atau sebesar zarah rasa keegoan itu dalam diri. Tidak menyalahkan sesiapa kerana Galak sendiri mempunyai sikap sedemikian. 
Malam ini Galak belajar sesuatu yang baru. Dalam ke egoan diri, kadangnya kita kena hindar rasa itu demi kepentingan orang lain, sekeliling atau persekitaran kita. Jika itupun kita tidak boleh buat, nescaya kita akan dipandang hina oleh orang lain. Sifat ego itu di ibaratkan dengan sifat dengki atau cemburu sesama manusia, persekitaran atau sekeliling kita. Janganlah kerana kepentingan diri, sampai kita lupa akan niat murni kita untuk kesejahteraan di masa akan datang. Jika boleh, jangan kita ikuti sifat sedemikian, dan jika ada berlaku dalam setiap masa kita, jauhilah, dan tenangkanlah diri supaya tidak memudharatkan. 

'Biar orang buat kita asalkan jangan kita buat orang '. Ungkapan itu sering kita dengar dalam setiap buah mulut orang tua-tua. Ini kerana, mereka tahu akan keburukan jika kita yang memulakan perbalahan atau bersikap ego akan membawa padah kepada diri malah kepada persekitaran serta orang sekeliling. Jadi, untuk menghindar dari berbuat demikian, kita cubalah istighfar dan tenang serta bersikap positif dalam segala perbincangan, permasalahan mahupun persekitaran sekeliling. Jangan pula kita memanaskan sikap itu sehingga mendidih gelegak dan akhirnya keluar dari dalam diri . Oleh itu sebagai manusia yang mempunyai akal yang telah dikurniakan oleh Allah swt, kita kenalah bersikap mudah menerima, hormat menghormati serta bermacam lagi dalam membentuk sahsiah diri dan keperibadian diri. 

Sukar nak hindar sifat ego?
Memang sukar, tapi jika kita praktikkan dalam kehidupan seharian pastinya akan berjaya kita hindar sifat itu. Malah kita kena selalu bersikap adil, menerima teguran dan nasihat, serta mengakui kesalahan serta ringankan diri dengan meminta maaf sekiranya menyedari kesalahan yang telah dilakukan. Nescaya jika itu yang kita praktikkan dalam kehidupan seharian, pastinya kita akan disenangi oleh setiap golongan muda mahupun tua.