Situasi: Seorang remaja lelaki (diberi nama J) sedang menulis di bangku mejanya di dalam kelas. Remaja berambut pendek itu berpakaian seperti ala-ala budak kampung begitu khusyuk menulis sesuatu di buku diarinya. Seorang Guru sedang menyoal tentang cita-cita kepada murid-murid di dalam kelasnya itu.(Guru diberi nama Cikgu I). Cikgu I pandang ke arah J.
Cikgu I: Kamu J, apa cita-cita kamu bila kamu dewasa nanti?
J berhenti menulis. Dia bangun dan pandang kepada Cikgu I.
J: Saya mahu semua orang di dunia ini kenal saya bukan hanya sekadar nama.
Cikgu I kaku. Dia pelik dengan jawapan yang diberikan oleh J. Cikgu I tidak dapat menangkap apa yang ingin di sampaikan sebenarnya oleh J.
Cikgu I: Mahu kenal kamu ya. Kamu mahu jadi artis?
J: Iya cikgu.
Cikgu I: Pelakon terkenal la ni. Hebat cita-cita kamu J.
J: Bukan pelakon, cikgu.
Cikgu I tersentak. Dia hairan. Kemudian dia bertanyakan lagi kepada J.
Cikgu I: Kalau bukan pelakon, apa dia J?
J ambil bukunya dan mengangkat buku itu. Di satu halaman yang 'kosong' terdapat satu perkataan yang ditulis oleh J iaitu:
"PENULIS"
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen anda... :)