Cerita pendek ini tiada kena mengena dengan kehidupan sesiapa. Ia hanyalah rekaan GALAK HITAM semata-mata. Cerita yang biasa jika dibandingkan dengan cerpen-cerpen dari penulis bernama besar di luar sana. Selamat membaca ya...:)
******************************
AKU SEDANG SAKIT. Aku tahu aku ada penyakit. Tapi… Demi
anak-anak, aku tak boleh hanya berehat. Siapa nak bagi makan minum mereka.
Isteriku? Sudah dua tahun meninggalkan kami tiga beranak ini. Dia kemalangan
semasa cuba melintas jalan di pekan. Langgar lari. Sampai sekarang masih tiada
apa-apa berita tentang pesalah itu. Pihak polis ada mengatakan bahawa pihak
mereka akan mencari pesalah itu. Aku serahkan kepada mereka menjalankan tugas
masing-masing. Aku redha. Allah lebih menyayangi isteriku. Saudara mara ramai,
tapi maklumlah…Bila orang kaya lihat orang miskin macam kami ini. Seperti
sampah di kaki lima jalan. Tidak dipandang malah di usir. Hanya yang bekerja
sebagai pengutip sampah macam aku ini yang sering memandang sampah. Satu tin
susu sudah memberiku seribu makna
tentang rezeki. Rezeki yang dikurniakan Allah, hanya memerlukan daya usaha
untuk mengutip dan menjualnya. Yang perlu ku buang hanyalah sikap pemalu dan
rasa rendah diri sahaja. Aku tidak malu dengan kerjaku ini. Pernah juga ku
dengar orang mengata, menghina. Katanya ‘busuk’, ‘pengotor’. Aku pekakkan
telinga sahaja. Yang penting tin, kotak atau apa-apa yang boleh dijual itu aku
kutip. Bukan aku beli, tapi mengutip hasil buangan iaitu sampah. Walau kotor,
busuk , aku tetap akan ambil sampah itu. Itulah kerjaku. Janji halal.
Aku tak mengharapkan
apa-apa bantuan. Selagi Allah masih memberi nafas padaku, selagi itu aku akan
membanting tulang empat kerat ini demi anak-anak. Aku tahu. Aku tahu aku tidak
mempunyai kerja tetap. Kerjaku hanya mengutip sampah, tin, kertas kotak di
tong-tong sampah sahaja. Hari-hari ku jual di kedai India dekat pekan. Sampai
mereka semua sudah mengenaliku. Malah mereka juga pernah menolongku. Bantu
memberi sedikit rezeki halal. Anakku yang sulong, Samil akan menduduki ujian
Upsr tak lama lagi. Anak ku yang bongsu Rizah masih di darjah 3. Mereka perlu
belajar, makan dan rehat dengan selesa. Pakaian, sumber pembelajaran mesti
lengkap. Aku telah usaha semua itu untuk masa ini. Akan datang? Aku tidak tahu
apa bakal muncul.. Ku pohon padamu Ya Allah, panjangkanlah usiaku agar dapat ku
usahakan demi kesejahteraan anak-anakku. Merekalah harapanku. Aku tak nak
mereka ikut jejak langkah ku. Aku mahu mereka hidup senang di masa dewasa nanti.
Biarku sakit, biarku lapar asalkan anak-anakku dapat apa yang diperlukan.
Tentang Solat. Setakat ini Alhamdulillah, walaupun tidak
selalu untuk ku menjadi imam kepada Samil dan Rizah, mereka sudah tahu tentang
pentingnya sembahyang. Suatu hari, aku pulang lewat. Kira-kira dalam pukul 6
petang. Masa tu Samil dan rizah sudah ada di rumah. Samil sedang membaca buku.
Aku sampai saja di pintu rumah, Rizah bergegas keluar. Dia mendapatkan ku. Di suruhnya
pula supaya aku bergegas mandi dan sembahyang kerana waktu sudah lewat. Masih ku ingat
lagi kata-katanya; “cepatlah Abah, Asar sudah nak habis ni, jangan terlepas, nanti masuk neraka!”.. Aku senyum seorang
diri. Alangkah gembiranya hati seorang bapa bila anak sendiri sudah tahu
mengenai hukum Allah.
Ada kalanya mereka merungut tentang pakaian sudah usang,
kasut sudah robek, seluar penuh dengan tampalan dan ada suatu hari tu, Rizah pulang sambil menangis. Katanya kawan-kawan mengejek
dia kerana pakaiannya yang buruk dan kasutnya yang koyak sehingga nampak jari ibu kaki. Abangnya, Samil datang. Samil lah yang
memujuk Rizah. Samil beritahu bahawa kita dari keluarga miskin. Aku tidak
bekerja besar macam ibu bapa kawan-kawannya, aku hanya berkerja menjual sampah.
Rizah dengar kata-kata abangnya itu. Riak wajahnya menunjukkan Rizah sudah
mengerti apa yang dialami kami sekeluarga. Tambah Samil lagi, “Walau Abah tiada
duit banyak, tapi Abah kita adalah seorang bapa yang paling penyayang”. Aku
sebak seketika mendengar luahan Samil tapi ku tahan sebak, ku tahan titisan air
mata yang ku kira cuba untuk melimpah di ruang kelopak. Terima kasih Samil. Terima kasih Ya, Allah krana
kau kurniakan anak yang mudah memahami keadaan kami sekeluarga.
Rizah kembali
ceria. Dia datang padaku. Masa tu aku duduk di tangga di pintu hadapan rumah.
Rizah datang. Dipeluknya aku erat. Katanya, Rizah minta maaf sebab buat aku
susah deminya. Samil juga datang dan terusnya juga memelukku. Kedua-dua anakku
itu memeluk erat. Aku membalas pelukan mereka dengan pelukan yang ku kira sudah
lama tidak memeluk mereka. Terasa tenang hati pabila merasakan dakapan
anak-anak. Ku pasti kamu sebagai bapa juga mengerti dan merasai ketenangan bila
memeluk anak sendiri. Samil beritahuku bahawa dia akan belajar
bersungguh-sungguh dan mengubah hidup kami sekeluarga. Rizah juga menyatakan
hasrat yang sama dengan abangnya. Masa itu aku tidak dapat menahan sebak di
dada. Terusku mengalirkan air mata. Ku bersyukur padamu Ya, Allah. Walau tidak
diberi kesenangan dalam hidupku ini, tetapi aku senang bila melihat, merasakan
kasih sayang anak-anak yang kau berikan padaku. Aku berjanji padamu, selagi aku
hidup, selagi nyawaku tidak diambilmu, aku akan mencari rezeki demi
anak-anakku. Insya’Allah.
-Tentang penyakitku? Aku tahu itu penyakit. Aku akan usahakan
untuk menyembuhkan penyakitku ini. Tentang mati? Ku serahkan pada Allah S.W.T
yang tentukan-
good job =)
ReplyDeletekalau awk yg sakit... cpt2 lah mkn ubt k.... lme x nmpk awk kt fb
terima kasih.. tp cerita masih ag kurang feel... nk tukar mood susah..huhu.. tp xpe, nk cube ag... sy ad je online. cume skg keje , ad masa gk sy x online.. kalo online pn lwt mlm la... :)
ReplyDelete